Ujian formatif merupakan ujian yang dilaksanakan secara tidak formal dan formal bergantung kepada keperluan guru dan murid. Ianya dilaksanakan secara berterusan sepanjang atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran atau sesi persekolahan murid bagi menilai penguasaan murid terhadap sesuatu atau beberapa kemahiran yang diajar.
Secara tidak langsung, ujian formatif membantu guru mengenalpasti tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran atau unit yang diajar sebelum meneruskan proses pembelajaran seterusnya. Kelemahan yang dikenalpasti awal ini akan boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dengan serta merta dan lebih mudah. Murid dapat dipastikan memahami dan menguasai kemahiran atau unit pembelajaran dengan baik sebelum meneruskan pembelajaran.
Secara mudahnya, tujuan perlaksanaan ujian formatif ini menurut Mok Soon Sang (2009), Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008), dan Lee Shok Mee, Mok Soon Sang(1989) adalah :
1
Ujian formatif bertujuan memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran dari sudut guru dan murid :
Guru : dapat memperbaiki dan menambahbaik kelemahan dalam sesuatu kaedah dan pendekatan yang digunakan sekaligus dapat menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
Murid : dapat memperbaiki kelemahan dalam sesuatu kemahiran dan unit pembelajaran.
2. Membolehkan murid mendapat keputusan yang terbaik pada peperiksaan sumatif pada akhir penggal persekolahan.
3.
Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari semasa ke semasa.
Memperbaiki kualiti dan meramal kemampuan pencapaian murid dari semasa ke semasa.
4.
Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah dan yang telah dikuasai.
Membantu guru mengenalpasti matapelajaran yang murid masih lemah dan yang telah dikuasai.
5.
Ujian formatif membantu murid untuk terus terbimbing dan dibimbing untuk meningkatkan penguasaan mereka secara perbincangan atau soal jawab dengan guru secara bersendirian atau berkumpulan terhadap sesuatu kemahiran atau unit pembelajaran yang dikenalpasti masih lemah melalui ujian yang dilaksanakan.

No comments:
Post a Comment